Youth Venture Asia

Youth Venture Asia

Pihak UEC dengan sukacitanya menerima kunjungan dari pelajar Universiti Brunei Darussalam seramai 12 orang. Rombongan tersebut diketuai oleh En. Hanif Marzuki Mohd Saupi yang merangkap CEO Youth Venture Asia dan ditemani oleh Encik Muhammad Adib Haji Salleh dari Brunei Economic Development Board (BEDB) selaku pegawai pengiring akan berada di Kuching selama 4 hari bersempena dengan REACH Shell Live WIRE program. Sesi perjumpaan tersebut telah disantuni oleh Pengarah UEC Prof. Madya Ir Ts Dr Siti Kudnie Sahari, Timbalan Pengarah UEC Ir Ts Dr Abdul Rahman Kram serta penyelaras program UEC Encik Naim Kamaruzaman. Pihak UEC buat julung kalinya menerima delegasi dari Brunei Ini dan berharap ianya akan berterusan dan dapat melebarkan jalinan Kerjasama antara kedua-dua universiti. 

Kunjungan ini adalah salah satu program yang diatur oleh pihak Youth Venture Asia bagi memberi pendedahan dan perkongsian berkaitan dengan startup dan keusahawanan di UNIMAS. Ini memberi peluang kepada pelajar tersebut dapat mengenali UNIMAS secara lebih dekat. Hasil dari perjumpaan ini telah memberi banyak input berkaitan inovasi dan teknologi kepada pelajar UNIMAS dalam menghasilkan produk yang berimpak tinggi. 

Download UNIMAS Now App

Image
Image