Kursus Pengendali Makanan

Kursus Pengendali Makanan

UNIMAS Entrepreneurship Centre (UEC) telah menganjurkan Kursus Pengendalian Makanan khas untuk pelajar yang memiliki dan mengoperasikan kiosk makanan di sekitar kampus UNIMAS pada 15 Oktober 2025.
Kursus yang disertai oleh 50 orang pelajar ini memberi pendedahan menyeluruh kepada pelajar tentang amalan kebersihan dan keselamatan makanan selaras dengan piawaian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Pelajar akan memperolehi Sijil Pengendalian Makanan yang diperoleh selepas tamat kursus ini memberikan nilai tambah kepada perniagaan mereka, membolehkan pelajar memohon lesen perniagaan makanan secara sah.
Melalui inisiatif ini, diharap dapat meningkatkan kesedaran pelajar terhadap kepentingan pengendalian makanan yang selamat, menggalakkan pematuhan terhadap peraturan dan undang-undang berkaitan keselamatan makanan. UEC terus komited melahirkan usahawan pelajar yang bukan sahaja kreatif dan inovatif, tetapi juga meningkatkan nilai tambah dalam pembangunan kerjaya dan kebolehpasaran graduan.

 

 

Download UNIMAS Now App

Image
Image