

Latar Belakang Program
Merupakan program pameran dan pembentangan idea perniagaan secara bersemuka kepada wakil-wakil industri, agensi dan venture capitals untuk tujuan penilaian, pengkormesialan dan peluang pendanaan dengan memperkenalkan produk/perkhidmatan/prototaip yang diusahakan Panganjuran edisi 2.0 ditambahbaik dengan cadangan memperkenalkan “Virtual Booth” melalui teknologi AI Driven Virtual Event Metaverse. (meluaskan promosi program, meningkatkan lagi kehadiran pelawat dari Institut pendidikan tinggi, agensi dan wakil industri di peringkat nasional dan antarabangsa).
Objektif Program IMInE
1. Menggalakkan penglibatan pelajar dalam bidang keusahawanan teknologi di peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa.
2. Memberi peluang kepada para pelajar untuk mengetengahkan idea produk berteraskan teknologi kepada pihak Industri, Agensi Kerajaan dan Angel Investor.
3. Memberi peluang pengkomersilan kepada idea-idea yang berpotensi.
4. Mempergiatkan usahawan mahasiswa melalui syarikat pemula (Start-up).
Jumlah Pelajar Terlibat: 15 (3 kumpulan)
Projek dan Mentor yang terlibat:
· Smart Eco-Organic Edible Landscape System - Prof. Madya Dr. Haji Noor Alamshah bin Bolhassan
· ANUM - Prof Madya Ts. Dr. Suriati Khartini Binti Jali
· Nutrient Booster - En. Mohd Naim Kamaruzaman




