Innovative Studentpreneurs for Impactful & Resilient Enterprises (INSPIRE)

Innovative Studentpreneurs for Impactful & Resilient Enterprises (INSPIRE)

 

Latar Belakang Program

Program INSPIRE merupakan satu inisiatif yang bertujuan memberi platform

kepada pelajar mempamerkan dan mengembangkan idea perniagaan mereka

dalam Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS).

 

Program ini menggalakkan usahawan pelajar (studentprenuer) kepada inovasi dan penambahbaikan perniagaan dalam tiga aspek utama iaitu:

a. Inovasi produk dan perkhidmatan - Product System, Service dan Product Performance

b. Inovasi operasi dan aktiviti perniagaan - Network, Process dan Structure

c. Inovasi strategi pemasaran - Channel, Customer Engagement, Profit Model dan Brand

 

Diharap program ini dapat membantu usahawan pelajar meningkatkan daya saing dalam dunia perniagaan sebenar dan memberi impak positif kepada ekonomi negara.

 

Objektif Program

1.      Memberi platform kepada pelajar atau usahawan muda untuk mempamerkan idea perniagaan yang inovatif dan kreatif dalam PMKS.

2.      Menyediakan latihan dan bimbingan dalam aspek pengurusan perniagaan, pemasaran dan kewangan untuk membantu usahawan muda berkembang.

3.      Membantu usahawan muda mendapatkan akses pembiayaan, sokongan rangkaian, dan peluang pasaran untuk tujuan mengembangkan perniagaan.

4.      Mewujudkan kesedaran dalam kalangan golongan muda tentang potensi dan peluang dalam sektor PMKS sebagai satu kerjaya yang menjanjikan pendapatan yang baik.

 

UNIMAS diwakili oleh satu kumpulan pelajar dan seorang mentor untuk menyertain program INSPIRE tersebut.

Pelajar:

1) Nabil Busrain Bin Mohamad Nizam, FEP

2) Felicia Patterson, FEP

3) Dolly Anak Abun, FEP

4) Syarifnafuddin Bin Affendi, FK

Mentor:

En. Mohd Naim bin Kamaruzaman

Download UNIMAS Now App

Image
Image